5,666 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2

KES baharu harian Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 5,666 kes, menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu 5,828 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,431,716 kes.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,078 kes (706,485 kes kumulatif), diikuti Sarawak 754 kes (236,556 kes kumulatif) dan Johor 566 kes (214,759 kes kumulatif).

Sabah pula melaporkan sebanyak 502 kes baharu (214,064 kes kumulatif), manakala Kelantan 469 kes (135,307 kes kumulatif), Kedah 421 kes (145,953 kes kumulatif), Perak 349 kes (114,375 kes kumulatif) dan Pulau Pinang 279 kes (142,616 kes kumulatif).

Sementara itu, Terengganu merekodkan 277 kes (67,649 kes kumulatif), diikuti Melaka 262 kes (63,782 kes kumulatif), Pahang 252 kes (74,745 kes kumulatif), Negeri Sembilan 218 kes (101,550 kes kumulatif), Kuala Lumpur 162 kes (191,845 kes kumulatif).

Perlis melaporkan sebanyak 40 kes baharu (5,172 kes kumulatif), Putrajaya dengan 30 kes baharu (6,828 kes kumulatif) dan akhir sekali Labuan hanya tujuh kes baharu (10,030 kes kumulatif)

Setakat hari ini, jumlah populasi di Malaysia yang telah lengkap vaksinasi adalah seramai 23,660,153 individu atau 72.4 peratus, manakala 25,355,653 individu atau 77.6 peratus sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here