Ops pematuhan SOP serentak penguatkuasaan larangan merokok – KKM

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah menggerakkan pasukannya bagi operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19, serentak dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

Menurut KKM, larangan merokok di semua premis makanan masih terpakai sehingga kini dan mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun serta-merta.

“KKM mengadakan Ops Pematuhan SOP Akta 342 serentak dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).

“Semua premis makanan termasuk tempat terbuka adalah kawasan larangan merokok.

Larangan ini masih terpakai. Perokok yang ingkar boleh dikenakan kompaun serta-merta,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebooknya.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata penguatkuasaan ke atas larangan merokok di premis makanan akan dipertingkatkan.

Sehubungan itu Khairy berkata, beliau sudah mengarahkan bahagian penguatkuasaan untuk turut sama memantau perkara itu ketika melakukan pemeriksaan pematuhan SOP pandemik Covid-19.

Sebelum ini, ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) usaha memperkasa larangan merokok di tempat awam seperti kedai makan telah menjadi antara agenda utama KKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here