Mamat Khalid meninggal dunia

0
2

INDUSTRI seni dikejutkan dengan berita kehilangan sutradara terkenal Mamat Khalid yang disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak.

Dikatakan Allahyarham Mamat atau nama penuhnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, diserang sawan ketika berada di restoran miliknya di Sarang Art Hub, Slim River sebelum dikejarkan ke hospital.

Allahyarham sebelum ini pernah beberapa kali menerima rawatan di hospital akibat masalah paru-paru dan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan dan lima orang cahaya mata.

Sepanjang kerjaya seninya, karya yang dihasilkan Allahyarham berjaya mencipta kejayaan dan mendapat tempat di hati penonton seperti Man Laksa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kampung Pisang dan Estet. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here