Jelajah Selangor Bekerja 2021 tawar 3,000 peluang kerja

0
2

LEBIH 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman beramah mesra dengan belia-belia yang hadir untuk temuduga jawatan kosong pada program Siri Pertama Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda negeri, Mohd Khairuddin Othman, berkata program yang menawarkan peluang kerja meliputi pelbagai sektor dan industri itu, menerima hampir 10,000 pendaftaran menerusi portal rasmi program berkenaan.

Beliau berkata, antara sektor pekerjaan yang ditawarkan dalam program berkenaan adalah meliputi aeroangkasa, perkhidmatan, pembuatan, pemakanan dan beberapa lagi.

“Siri pertama jelajah ini melibatkan lebih 40 majikan dan syarikat seperti Proton Edar, Parkson Corporation Sdn Bhd, Ayamas Food Sdn Bhd dan lain-lain,” katanya selepas meninjau penganjuran program berkenaan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, program berkenaan adalah berkonsepkan temu duga secara hybrid dan fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau berkata, temu duga secara terus hanya dibenarkan kepada mereka yang lengkap mendapatkan suntikan vakin Covid-19.

“Siri kedua jelajah ini akan diadakan di Kuala Selangor dan orang ramai dijemput hadir.

Beliau berkata, golongan belia dan individu yang mencari pekerjaan boleh mendaftar menerusi pautan www.selangorbekerja.com.my.

“Kerajaan Selangor berharap agar inisiatif ini dapat mengembalikan kerjaya kepada mereka yang terjejas dan hilang pekerjaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here