Kemasukan pekerja asing sektor perladangan ke Malaysia diluluskan

0
2
Pekerja-pekerja akan memeriksa keadaan bunga-bunga untuk dipilih di kilang bunga kekwa Cameron Highland.

JAWATANKUASA Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persetujuan itu dibuat untuk memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Justeru, SOP-SOP ini akan dikuatkuasakan kepada semua sektor ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan mesyuarat turut meluluskan SOP kemasukan pekerja asing ke negara ini.

“Manakala, kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan yang lain tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia,” katanya.

SOP kemasukan pekerja asing ialah seperti berikut:

  1. Pra Perlepasan
  • Telah menerima vaksinasi lengkap di negara sumber (diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO))
  • Melakukan ujian saringan menggunakan RT-PCR 72 jam sebelum meninggalkan negara asal
  • Mengemukakan sijil vaksinasi
  • Patuhi syarat dan dasar imigresen serta lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan

2. Semasa Ketibaan

  • Hanya melalui satu pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 sahaja (kecuali pekerja asing dari Thailand – kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang).
  • Urusan dengan wakil majikan dan Agensi Kerajaan yang berkaitan
    (Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia
    (KKM), Agensi Kawal Selia dan lain-lain)
  • Special Lane kemasukan pekerja asing.
  • Wakil Perwakilan Diplomatik negara sumber (optional)

3. Selepas Ketibaan (tempoh kuarantin)

  • Tempoh kuarantin diselaraskan dengan KKM (tempoh Kuarantin wajib adalah 7 hari)
  • Pusat Kuarantin yang diperakui oleh Kerajaan di sekitar Lembah Klang sahaja (pengecualian kepada Pekerja Asing warga Thailand yang bekerja sebagai kru vessel penangkapan ikan tempatan yang akan menggunakan
    Pusat Kuarantin yang berdekatan dengan pintu masuk)
    -Ujian RT-PCR pada hari kedua dan hari ke-5 tempoh kuarantin
  • Sekiranya positif, kes kategori 1 atau 2 perlu disolasi di PKRC swasta, manakala kes kategori 3, 4 dan 5 perlu dirujuk ke hospital swasta

4. Pasca Kuarantin

  • Selepas tamat kuarantin dan disahkan negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis majikan
  • Pengangkutan disediakan oleh majikan
  • Urusan FOMEMA
  • Pekerja asing perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh majikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here