JAWATANKUASA Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) dibentang Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, bagi pelancong antarabangsa yang berhasrat memanfaatkan gelembung pelancongan ini perlulah memenuhi syarat serta mematuhi SOP ditetapkan.
Syarat dan SOP yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
- Pra perlepasan
a. Kumpulan sasaran
- Pelancong berkualiti (high yield)
- Individu yang telah divaksin lengkap
- Anak di bawah umur 18 tahun wajib hadir bersama ibu bapa/penjaga masing-masing yang telah divaksin lengkap
- Senarai negara dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen (JIM)/Kementerian Kesihatan (KKM)/Kementerian Luar Negeri (KLN)
b. Tempoh Tinggal
- Sekurang-kurangnya tiga hari
- Tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sahaja)
c. Ujian PCR-RT Covid-19
- 72 jam sebelum berlepas
- Wajib dalam bentuk digital / cetakan
d. Insuran
- Minimum US$ 80,000.
e. Khidmat pelancongan
- Wajib (pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC
f. Wajib ada Pasport & Visa Health Declaration Form LoU and Indemnity
g. Aplikasi MySejahtera
- Muat naik dan mendaftar sebelum berlepas
- Ketibaan dan Penginapan
a. Melalui KLIA
- Rapid Molecular Testing (1 jam 30 minit)
- Atau terus ke Langkawi (wajib ujian RT-PCR Covid-19 pada hari kedua)
- Sekiranya positif, akan terus dibawa ke pusat pengasingan / kuarantin / hospital swasta (mengikut Kategori)
b. Pemandu Pelancong
- 1 TG dalam satu kumpulan lawatan (maksimum 20 orang)
c. Ujian PCR-RT Covid-19
- Sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan pada hari kedua memadai (boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal)
- Sekiranya melancong lebih 5 hari, wajib melakukan ujian saringan pada hari kelima
- semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong
- Pra perlepasan pulang ke negara asal
i. Ujian PCR-RT Covid-19
- 72 jam sebelum berlepas
- Sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan pada hari kedua boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal
- Projek rintis
- Akan dijalankan selama tiga bulan bagi KKM dan MKN untuk menilai keberkesanan sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain. – Malaysiapost

