KDN nafi keluar surat kelulusan bawa masuk pekerja asing

0
2

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan mengeluarkan sebarang surat berhubung kelulusan bersyarat membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Menerusi ciapan Twitter, KDN memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat seumpama itu selaras keputusan kerajaan menangguhkan kemasukan pekerja asing yang baharu.

“Kementerian Dalam Negeri TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang surat ‘Kelulusan Bersyarat Pekerja Asing’ dalam tempoh 18 Mac 2020 sehingga kini selari dengan penangguhan kemasukan pekerja asing yang baharu.

“Orang ramai dimohon untuk tidak menggunakan atau menyebar dokumen/surat palsu tersebut,” katanya.

Mei lalu, kerajaan mengulangi pendirian bahawa pengambilan tenaga kerja asing masih dibekukan ketika ini, dan mengutamakan penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata walaupun terdapat desakan daripada beberapa sektor yang memerlukan tenaga kerja asing, kerajaan mahu kekosongan itu diisi dengan tenaga kerja tempatan.

Keputusan itu dibuat, dalam tempoh negara masih berdepan dengan impak penularan Covid-19, sekali gus menawarkan peluang kerja buat rakyat tempatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here