Adakah ini isteri Fizo?

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634865379150","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

WARGA MAYA memang cekap buat kerja, terbaharu sebuah akaun Instagram yang baharu diwujudkan telah mencuri perhatian mereka.

Menariknya, akaun Instagram baharu itu menggunakan gambar profil sama seperti yang dimuat naik pelakon Fizo Omar di Instagram miliknya, malam semalam.

Warga maya terus berteka-teki adakah akaun Instagram yang bernama ‘Fazeeranazriaz’ itu milik isteri Fizo yang dikatakan baharu dinikahinya malam tadi.

Lebih menguatkan telahan, akaun Instagram itu turut memuat naik dua hantaran gambar wanita berbusana perkahwinan warna putih dengan inai jari.

Gambar pertama yang dimuat naik lima jam lalu itu memaparkan seorang lelaki sedang menyarungkan cincin di jari wanita berkenaan beserta keterangan ‘Alhamdulillah’.

Gambar kedua pula memaparkan gambar wanita yang didakwa isteri Fizo itu sedang disiapkan beserta keterangan ‘syukur’ dan emoji cincin.

Akaun yang menggunakan nama Fizo Faz itu turut mengikuti akaun rasmi Fizo Omar.

Terdahulu, Fizo, 36, memuat naik gambar dia lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam, 4, di Instagram, malam tadi.

Tambah menjadi tanda tanya, Fizo turut memuat naik gambar di Instagram Story dengan kapsyen, “Ok abe Joe (abang Fizo) left group recond (tinggalkan kumpulan ‘terpakai’) dulu ok. Apa-apa roger ok.”

Berdasarkan komen di Instagram, Fizo dikatakan bernikah dengan wanita yang juga bekas pramugari dari Sarawak dan majlis pernikahan dipercayai berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Meskipun tidak mengesahkan mengenai pernikahan itu, namun Fizo dilihat memberi bayangan bahawa status duda bukan lagi miliknya.

Fizo memegang status duda sejak Julai 2019 apabila ikatan perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 terlerai dengan penceraian talak satu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here