
SELEPAS tiga hari mencatatkan angka di bawah 6,000, kes harian Covid-19 di Malaysia kembali melaporkan peningkatan apabila merekodkan 6,210 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi, memaklumkan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,413,592 kes.
Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-19 berturut-turut.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengakui trend menunjukkan Malaysia semakin pulih daripada pandemik Covid-19.
Aanalisis situasi semasa jangkitan Covid-19 mendapati penularan wabak berkenaan akan pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital. -Malaysiapost
