Pemergian Mohd Diya kehilangan menyedihkan rakyat Malaysia

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634789329895","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KEMATIAN anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh adalah satu kehilangan yang menyedihkan buat rakyat Malaysia, kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, jasa dan pengorbanan Mohd Diya amat besar kepada negara kerana terkorban ketika menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Suatu kehilangan yang sangat menyedihkan saya dan seluruh rakyat Malaysia apabila Allahyarham terkorban selepas cuba membantu mangsa banjir. Jasa dan keberanian Allahyarham sentiasa dalam ingatan.

“Berita tentang kematian anggota bomba PBK II (KUP) Mohd Diya Bin Che Jusoh di Hospital Melaka awal pagi ini cukup mendukacitakan,” katanya di Facebook, hari ini. 

Ahmad Zahid berkata, Mohd Diya dan seluruh warga bomba Malaysia adalah wira kepada negara.

“Saya mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang soleh oleh Allah SWT.

“Kepada ahli keluarga Allahyarham saya ucapkan takziah dan semoga mereka tabah serta cekal menghadapi kehilangan itu.

“Takziah juga diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diatas kehilangan salah seorang anggota mereka,” katanya. 

Terdahulu, Mohd Diya yang juga pegawai Bomba Kanan (PBK) II, disahkan meninggal dunia oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kira-kira jam 3.30 pagi tadi. 

Dalam kejadian petang semalam, Mohd Diya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikatakan sedang memasang tali untuk membantu penduduk kampung ketika kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, Mohd Diya dihanyutkan arus deras dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir lemas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here