Neelofa, PU Riz hantar representasi tarik balik pertuduhan

0
2

PEGUAM selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Reprentasi itu untuk menarik balik pertuduhan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili pasangan itu selepas prosiding pengurusan kes tersebut di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Beliau berkata, satu salinan representasi telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada semalam dan hari ini kepada pihak pendakwaan.

“Kami memohon kepada Peguam Negara untuk menggunakan budi bicara menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami.

“Ini kerana kita merasakan pertuduhan-pertuduhan yang dibawa terhadap anak guam saya ini pada asasnya bukanlah suatu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pihak pembelaan telah diberi masa selama sebulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dalam prosiding mahkamah memaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga telah menerima representasi daripada pihak pembelaan di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

“Pihak pendakwaan memerlukan masa satu bulan mengkaji representasi oleh OKS (Orang Kena Siasat),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here