Anggota bomba tidak sedarkan diri dihanyutkan arus

0
2

SEORANG anggota bomba berdepan detik cemas selepas terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dihanyutkan arus deras ketika sedang menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di Melaka, petang tadi.

Anggota tersebut yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikatakan sedang memasang tali untuk membantu penduduk kampung ketika kejadian itu berlaku.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Berikutan itu, anggota bomba lain mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamat dan membantu mangsa yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, selepas diselamatkan mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

“Anggota bomba itu dibawa ke hospital dengan menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Daripada maklumat awal yang diperoleh, mangsa kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here