MUDA nafi kerjasama dengan WARISAN pada PRU15

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634710439020","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

PARTI Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA) menafikan ia akan bekerjasama atau membentuk gabungan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, Naib Presidennya, Dr Tanussha Francis Xavier menafikan laporan sebuah portal berita kononnya MUDA telah mencapai kata sepakat dengan Warisan untuk bersama dalam PRU15 akan datang.

“Pimpinan parti MUDA masih belum membuat keputusan tentang kerjasama atau gabungan untuk PRU15 nanti. Sebarang keputusan yang diambil akan diumumkan melalui saluran rasmi parti.

“Sebaiknya media juga perlu sahihkan maklumat sebelum menerbitkannya dan mengelirukan keadaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi poster dipercayai dikeluarkan portal berita Astro Awani bertarikh hari ini yang tertulis: Warisan dan MUDA akan bersama untuk PRU15.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Dr Mathen Nair berkata Astro Awani perlu mengambil pendapat kedua-dua pihak sebelum mengeluarkan laporan berita.

“Tiada sebarang keputusan dibuat dalam Majlis Tertinggi Parti MUDA berkaitan kerjasama antara parti menjelang PRU15. Keutamaan Muda adalah dalam pembinaan parti dan akar umbi pada masa sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here