Malaysia catat 5,745 kes baharu

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5,745 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,401,866 kes.

Perkembangan itu dikongsi Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Katanya, kadar positif jangkitan Covid-19 negara yang dilaporkan hari ini adalah 3.77 peratus dan menunjukkan trend penurunan.

“Kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan suntikan vaksin, patuh kepada prosedur operasi standars (SOP) serta jalankan ujian RTK-Ag berkala untuk lindung diri dan lindung keluarga tersayang.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my,” katanya dalam hantaran itu.

Dr Noor Hisham berkata, data harian berkaitan Covid-19 bagi portal COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here