Kekasih Sajat persenda pegawai polis

0
2

SELEPAS melarikan diri ke Australia, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat, menimbulkan kontroversi lagi, namun kali ini oleh kekasihnya pula yang dilihat mempersendakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jad Issa yang juga seorang warga Lubnan melalui akaun Instagram, Jadooss memuat naik gambar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd Jalil Hassan, yang ditokok tambah dipercayai dengan niat mempersenda.

Gambar yang dimuat naik menerusi InstaStory itu, diedit dengan ditambah gambar topi berkipas pada kepala serta memakai kaca mata hitam selain ditambah gambar pizza pada tangan kanan dan gelas minuman di tangan kiri.

Abd Jalil ketika ditanya berhubung perkara itu, menganggap ia sebagai lumrah yang dihadapinya sepanjang bertugas sebagai pegawai PDRM.

“Pada pandangan saya, ini semua asam garam dalam penugasan harian sebagai pegawai polis.

“Saya dan anggota lain dalam PDRM akan tabah menghadapi ujian ini dan akan melaksanakan penugasan berdasarkan undang-undang negara,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Beliau sebelum ini beberapa kali memberi kenyataan berkaitan tindakan polis untuk membawa pulang Sajat serta permohonan ekstradisi dikemukakan PDRM kepada pihak berkuasa Thailand. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here