Pengajar sekolah memandu tunjuk kemaluan diburu polis

0
2

POLIS sedang memburu seorang pengajar sekolah memandu yang melakukan tindakan gila seks kepada pelajarnya semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata suspek yang berusia 40 tahun itu telah melakukan tindakan tidak bermoral dengan menunjukkan kemaluan kepada pelajarnya.

Katanya, perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva.

“Kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok.

“Ketika itu mangsa yang berusia 27 tahun berada di tempat duduk hadapan kereta yang dipandu suspek,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa.

Mohd Azmir berkata, terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya.

Katanya, mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak.

Mohd Azmir berkata, suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.

“Suspek dipercayai melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here