Isu antivaksin: ‘Panggillah saya dajal atau apa sahaja’ – KJ

0
2

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak kisah walaupun digelar ‘dajal’ berhubung tindakannya yang bertegas terhadap golongan anti vaksin.

Menerusi ciapan Twitternya, Khairy berkata, beliau meminta maaf kepada semua pihak kerana terpaksa bertegas dalam mengendalikan isu berkenaan.

Katanya, perkara itu tidak sewajarnya timbul kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memberi penerangan secukupnya mengenai keberkesanan pemberian vaksin.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul.

“Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Dan kita terus memberi penerangan.

“I’m sorry I have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever,” tulisnya dalam ciapan itu.

Ciapan Khairy itu merujuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenyataan beliau akan ‘menyusahkan’ kehidupan golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya sebagai satu langkah sombong.

Menurut Anwar, menjadi usaha kerajaan memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin adalah dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.

Kelmarin, Khairy berkata, kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Beliau juga dengan tegas berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ kumpulan tersebut yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

“Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup anda (golongan antivaksin),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here