Hampir 70% penduduk Malaysia sudah lengkap vaksinasi

0
2
vaksin uitm

SERAMAI 22,767,241 orang atau 69.7 peratus penduduk Malaysia sudah lengkap vaksinasi Covid-19 sama ada vaksin dua dos atau vaksin tunggal, setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal covidnow.moh.gov.my jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sehingga semalam adalah sebanyak 47,838,886 dos.

Secara keseluruhan 25,208,517 populasi Malaysia yang sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin pula kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8 peratus, manakala 97.2 peratus atau 22,745,310 populasi dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan membabitkan golongan dewasa dan remaja dan dos penggalak.

Keseluruhan 21,477 dos penggalak sudah diberikan kepada kumpulan sasar dengan 2,662 dos diberikan semalam.

Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 806,330 individu atau 25.6 peratus sudah lengkap divaksinasi manakala 2,463,207 individu atau 78.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here