31 kes baharu dikesan di Langkawi, 8 kes import

0
2

SEBANYAK 31 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Pulau Langkawi ,semalam dengan lapan daripadanya adalah kes import menjadikan keseluruhan kes di pulau terbabit setakat ini adalah 5,956 kes.

Berdasarkan perkongsian data di laman Facebook Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi, kes Covid-19 yang aktif di pulau yang menjadi projek rintis gelembung pelancongan itu adalah sebanyak 317 kes.

Kes-kes baharu yang dikesan adalah daripada saringan bergejala (3 kes), kontak rapat (26 kes), saringan kendiri (1 kes) dan satu kes lagi dikesan melalui Kluster Dah Teluk Nibung.

Pecahan Mukim yang terbabit adalah Ulu Melaka (1 kes), Kuah (9 kes), Kedawang (6 kes), Padang Matsirat (2 kes), Bohor (5 kes) dan Ayer Hangat (8 kes).

Tindakan pengesanan segera kontak rapat sedang dilakukan Pasukan Siasatan dan Kawalan Covid-19 (CPRC PKD Langkawi).

Orang ramai boleh mengikuti laporan tempat-tempat penularan tempatan pada status berikutnya di laman PKD Langkawi.

Sejak dilaksanakan 16 September lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan menjadi kes pertama positif Covid-19 dalam kalangan pelancong gelembung pelancongan Langkawi yang dikesan positif pada 26 September lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here