Hambar di padang, tidak halang Ronaldo romantik dengan kekasih hati

0
2

MESKIPUN Cristiano Ronaldo beraksi hambar dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City semalam, namun kehambaran itu tidak terbawa-bawa ke dalam kisah percintaan dengan teman wanitanya. 

Penyerang sensasi kelahiran Portugal itu bingkas ‘moved on’ dengan apa yang terjadi kepada nasib Manchester United yang dibelasah 4-2 oleh Leicester apabila mengejutkan kekasih hatinya dengan hadiah yang sangat istimewa. 

Ronaldo telah menghadiahkan kepada teman wanitanya, Georgina Rodriguez  sebuah peti simpanan barang kemas berjenama Louis Vuitton berharga £108,000 (RM615,213) daripada pemain sensasi itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Peti simpanan barang kemas Louis Vuitton Malle Vendome itu akan digunakan untuk menyimpan koleksi barang kemas yang dianggarkan bernilai £2.6 juta (RM14.8 juta).

Pasangan romantis ini sudah berpacaran selama lima tahun tanpa ikatan perkahwinan rasmi. 

“Saya kehilangan kata-kata, Cristiano,” ciap Georgina di Twittter. 

Peti tersebut mempunyai ketinggian 137 sentimeter dan dilengkapi dengan cermin untuk mempamerkan barang kemas termasuk set rantai berlian dan subang paling berharga miliknya bernilai £78,000 (RM445,783) yang digayakannya semasa Festival Filem Venice bulan lalu.

Disifatkan sebagai ‘ciptaan romantis’, bekas ikonik itu mula dihasilkan pada tahun 1910 untuk pelanggan ‘terbaik’ Louis Vuitton. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here