‘Jangan spekulasi video tular lelaki mahu cedera orang awam’ – Polis

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634376766598","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

ORANG ramai diminta tidak membuat spekulasi berkaitan video tular gurauan seorang lelaki mahu mencederakan orang awam ketika menaiki eskalator di pusat membeli-belah di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisen Komisioner Anuar Omar, berkata pihaknya mengesan video terbabit yang dimuat naik pemilik Facebook ‘Kongsi Segala Info’, sekitar jam 6.30 petang semalam.

“Video berdurasi 29 saat itu tular di laman sosial facebook kerana memaparkan tindakan seorang lelaki mahu mencederakan orang awam ketika sedang menaiki eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, tarikh dan masa kejadian sebenar video ini dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Anuar meminta mangsa atau mana-mana saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan video ini untuk hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Sebarang perlanggaran yang menyalahi peruntukkan undang-undang boleh dikenakan tindakan.

“Maklumat berkaitan jenayah hendaklah disalurkan melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here