
MALAYSIA mencatat 7,509 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 7,420 kes semalam.
Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya sebentar tadi, memaklumkan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,384,542 kes.
Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-14 berturut-turut.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengakui trend menunjukkan Malaysia semakin pulih daripada pandemik Covid-19,
Dr Noor Hisham berkata, analisis situasi semasa jangkitan Covid-19 mendapati penularan wabak berkenaan akan pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital. – Malaysiapost
