112 pemilik, pengunjung pusat hiburan dikompaun RM580,000

0
2

POLIS mengeluarkan 112 kompaun berjumlah RM580,000 dalam serbuan di pusat hiburan di Kuala Lumpur menerusi Ops Khas malam tadi.

Dalam serbuan jam 9 malam itu, pemilik premis dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 sementara pengunjung pusat hiburan berkenaan didenda RM5,000 seorang.

Kompaun membabitkan 59 lelaki dan 53 wanita terdiri atas kesalahan di bawah Peraturan 17 PPPD PPN 3 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang di kelab malam di premis berkenaan.

Serbuan dijalankan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur itu, turut merampas 80 botol arak.

Malah, ujian air kencing juga dijalankan kepada 32 individu dengan enam daripada mereka positif dadah termasuk amphetamine, methamphetamine, ketamin dan Benzodiazepine.

Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu itu, Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob mengesahkan mengenai serbuah berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here