Aliran trafik mula bergerak perlahan

0
2

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya mula bergerak perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan sejak malam tadi.

Menurut laporan trafik Lembaga Lembuh Raya Malaysia (LLM) di Twitter rasminya, trafik bergerak perlahan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)@E11 di laluan Puchong Utama ke Puchong Intan dan Kelana Jaya ke SS2.

Keadaan sama, di Lebuh Raya Koridor Gutrie, trafik juga dilaporkan mula bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Bukit Jelutong (arah Utara).

Di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)@E1 pula dilaporkan trafik mula perlahan arah Utara dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kerana trafik tinggi.

Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Cheras-Kajang @E7 di mana trafik perlahan dari Persimpangan Hulu Langar ke Pusat Bandar.

Kebanjiran kenderaan itu dipercayai susulan kelonggaran rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin lalu. – Malaysiapost

Foto: PLUS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here