Zahid harap persidangan cawangan bina muafakat dalam Umno

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap persidangan cawangan parti itu yang bermula hari ini hingga 30 November depan dapat membina kekuatan dan muafakat dalam parti.

Beliau berkata, akar umbi, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno adalah ‘tiang seri’ parti berkenaan untuk agama, bangsa dan negara.

“Selamat bersidang cawangan Umno di seluruh negara bermula hari ini sehingga 30 November 2021.

“Para akar umbi, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno “tiang seri” parti keramat agama, bangsa dan negara,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, ahli akar umbi umno juga adalah harapan kepada nusa dan banga yang menjadi paksi kekuatan parti itu.

“Sejarah perjuangan Umno sangat panjang, maka teruskan ia tanpa gentar dengan penuh keyakinan.

“Perkuatkanlah, perkasakanlah, perkukuhkanlah, perhebatkanlah demi sebuah perjuangan.

“Mohonlah petunjuk Yang Maha Esa semoga mendapat inayah dan kekuatan dalam sebuah kemuafakatan,” katanya.

Sementara itu, bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli Umno terus mara dan perkukuhkan akar umbi parti itu.

“Akar umbi tunjang kekuatan Umno. Kita kukuh dan terus mara ke hari ini kerana akar umbi kita.

“Tidak pernah sesekali meninggalkan perjuangan. Malah setia bersama tidak kira apa keadaan. Merekalah benteng Umno.

“Selamat bersidang kepada semua cawangan Umno seluruh negara,” katanya.

Persidangan cawangan empat peringkat Wanita, Pemuda, Puteri dan Cawangan itu membabitkan 66,287 mesyuarat di seluruh 191 Bahagian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here