PRN Melaka: Umno fokus kukuh jentera, belum putuskan soal kerjasama

0
2

Nurul Huda Abhar

UMNO Melaka mahu mengukuhkan jentera terlebih dahulu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum memikirkan kerjasama dengan pihak lain.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kepentingan Umno menjadi keutamaan ketika ini sebelum kepimpinan parti membuat sebarang ketetapan kerjasama dengan mana-mana parti.

“Jentera kita bekerja untuk Umno, apa juga kita memikirkan untuk kepentingan Umno, kedudukan parti dahulu sebelum mengambil kira berkongsi dengan sesiapa sekali pun.

“Mesti memperkukuhkan kedudukan Umno itu sendiri dahulu. Baru kita boleh melihat siapa yang bakal datang berunding dengan kita,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ab Rauf berkata, Umno juga masih belum memuktamadkan calon bagi mewakili parti itu dalam PRN Melaka.

“Calon-calon hanya akan diumumkan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman.

“Kita ada masa yang panjang untuk memikirkan soal calon,” katanya.

Sementara itu Ahmad berkata beliau tidak menolak sekiranya PRN Melaka menjadi titik tolak dan contoh kerjasama antara parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Mungkin boleh dikatakan begitu (kerjasama parti). Tetapi kita belum membuat keputusan. Kita belum memuktamadkan perbincangan dan rundingan.

“Setakat ini mengumpulkan maklumat dan maklum balas supaya dengan pandangan dan idea-idea yang diperolehi kita boleh buat keputusan yang tepat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here