SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu lelaki bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.
SPRM dalam kenyataan berkata, individu pertama yang sedang dikesan ialah Ebby Roy Raimon, 34, pemegang kad pengenalan bernombor 870916-49-5867, mempunyai alamat terakhir di Kampung Tinangol, WDT 44, 89059 Kudat, Sabah.
“Sementara itu, turut dikesan ialah Safineh Doto, 50, pemegang kad pengenalan bernombor 710628-12-5033 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Kelatuan Papar, 89600 Papar, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Nadzrul Syah Yusup di talian 011-53521669 / 03-88700382 atau emel kepada [email protected]. – Malaysiapost

