Ada sinar di hujung terowong bagi penghuni tembok besi

0
2

ORANG Diparol (ODP) atau Orang Bebas Berlesen (OBB) diharap dapat memanfaatkan program Corporate Smart Internship (CSI) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, berharap melalui program itu penghuni ‘tembok besi’ bukan sahaja dapat membina masa hadapan yang lebih baik, tetapi mampu menyumbang kembali kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“Ada sinar di hujung terowong kepada penghuni tembok besi Jabatan Penjara Malaysia.

“Saya berkesempatan untuk meluangkan waktu bersama peserta program CSI di Panasonic Appliances Air-conditioning Malaysia Sdn Bhd.

“Mereka sebelum ini adalah penghuni tembok besi yang kini merupakan ODP atau OBB,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hamzah turut menasihatkan mereka untuk tidak berputus asa dan memanfaatkan peluang kedua ini dengan sebaik-baiknya.

“Semoga mereka kuat dan cekal untuk menempuhi kehidupan baharu ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here