Pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 28 peratus.

0
2
air selangor

STATUS terkini pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Lembah Klang yang terjejas berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah melebihi 20 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan, memaklumkan setakat jam 6 pagi tadi, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 28 peratus.

“Kawasan Kuala Selangor sudah mencapai 75.6 peratus, diikuti Hulu Selangor (60.7 peratus), Petaling (60.4 peratus), Shah Alam (40.4 peratus), Klang (0.9 peratus), manakala Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat (masing-masing 0 peratus).

“Senarai kawasan yang telah pulih boleh diakses di laman pautan hentitugas.airselangor.com,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Air Selangor juga berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here