Ah Long tawar kerja kepada peminjam – polis

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Kamaruddin Md Din, berkata tindakan bersekongkol dengan sindiket Ah Long sama ada secara rela hati atau paksaan untuk melakukan gangguan khianat boleh disiasat di bawah undang-undang yang diperuntukkan. 

Katanya, terbaharu polis telah mengesan wujudnya aktiviti penawaran kerja oleh sindiket Ah Long kepada peminjam. 

“Dua kes melibatkan dua mangsa berbeza telan dikesan berlaku di Sabah. Siasatan mendapat penawaran berlaku dalam dua keadaan. 

“Bagi mereka pinjaman mereka tidak diluluskan oleh Ah Long, mereka ditawarkan bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberikan upah atas kerja yang dilakukan. 

“Bagi mereka yang tidak melunaskan pembayaran, mereka akan diminta bekerja dengan pihak Ah Long dan jumlah hutang mereka akan ditolak (kontra) berdasarkan kerja yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Justeru, Kamaruddin berkata, sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here