KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah, dilaporkan sudah meletak jawatan.
Portal FMT yang memetik sumber berkata, hari terakhir Sabin memegang jawatan itu pada Jumaat ini.
“Beliau sudah maklumkan peletakan jawatannya kepada pengurusan kanan LHDN,” katanya.
Difahamkan, alasan di sebalik dakwaan peletakan jawatan itu masih belum jelas, namun ia dipercayai berlatarkan salah guna kuasa terhadap LHDN.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membuat laporan polis terhadap beberapa pegawai LHDN, dengan mengemukakan keterangan berkenaan individu yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan memalsukan dokumen dalam kes cukai. – Malaysiapost

