Kerja penyelenggaraan LRA SSP1 capai 40.4%

0
2

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah mencapai 40.4 peratus.

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan, peratusan kerja itu adalah sehingga jam 11 pagi tadi dan ia masih giat dilaksanakan.

“Sehingga jam 11:00 pagi ini, peratusan kerja adalah pada tahap 40.4%.

“Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober 2021,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air, hari ini.

Syarikat itu memberitahu, antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Katanya, gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here