PRN Melaka: Kerjasama Umno-PN diputuskan Khamis ini

0
2

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Khamis ini akan memutuskan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya, jika berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam MKT Umno di Kuala Lumpur.

“Tunggu sahaja MKT nanti. Apa-apa akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Khamis,” katanya seperti dilapor Melaka Hari Ini.

Ditanya sama ada Umno bersedia sekiranya bakal menghadapi perlawanan tiga penjuru dalam PRN nanti, Ab Rauf bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut.

“Apa-apa kita tidak tahu lagi. Tunggu sahaja mesyuarat Khamis ini untuk segala kemungkinan,” katanya.

Semalam, media melaporkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masih gagal mencapai formula bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here