Guan Eng dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih

0
3

AHLI Parlimen Bagan (Pulau Pinang) Lim Guan Eng dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh Parlimen ke-14 bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Usul pelantikan itu dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengikut Peraturan Mesyuarat 76.

“Saya mohon mencadangkan mengikut Peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih.

“Bagi tempoh Parlimen ke-14 menggantikan Ahli Parlimen Larut,” katanya ketika mencadangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pelantikan itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.

Selain Guan Eng, lima lagi ahli Jawatankuasa Pemilih adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here