Shahril Hamdan dilantik Pengarah Ekonomi di Pejabat PM

0
2

KETUA Penerangan Umno, Shahril Hamdan dilaporkan dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Perkembangan itu dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air dan Kerja Raya, Tenaga, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Suraya turut berkongsi gambar Shahril menerima watikah pelantikan daripada Ismail Sabri.

“Tahniah saudara Shahril Hamdan di atas pelantikan sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda Umno adalah graduan jurusan Ekonomi di Universiti of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2008.

Beliau juga graduan peringkat sarjana Master’s degree di London School of Economics and Political Science, di bawah biasiswa Chevening’s full scholarship daripada British Foreign and Commonwealth Office.

Setakat ini tiada pengesahan berhubung pelantikan itu daripada Shahril mahupun Pejabat Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here