
KES kematian harian akibat Covid-19 di seluruh negara kekal di bawah angka 100 dengan 93 kes dilaporkan semalam.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, tiada kes kematian sebenar yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam, setakat jam 11.59 malam tadi.
Manakala, sebanyak 16 daripada jumlah keseluruhan adalah kes kematian di luar hospital (BID).
“Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 27,422 kes.
“Terdapat 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,530 kes,” menurut portal itu.
Daripada 93 kes kematian semalam, 26 dilaporkan di Pulau Pinang, Sarawak (14), Johor (8), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Kedah (5), Kelantan (5), Pahang (5), Selangor (4), Melaka (4), Perak (4), Terengganu (1), Negeri Sembilan (2) dan Perlis (2) serta tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.
Pesakit sedang dirawat dan diasingkan merekodkan 112,379 kes melibatkan 88,645 kes dikuarantin di rumah, 15,356 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,622 kes di hospital, 359 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 397 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
