Era masih bergelar ibu tunggal

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633946391566","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

SELEBRITI terkenal, Erra Fazira menegaskan dirinya masih bergelar ibu tunggal dan tidak bernikah lagi, malah jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang pemimpin politik seperti yang dilaporkan di pelbagai portal hari ini.

Pemilik nama Fazira Wan Chek, 47, itu berkata dia sudah letih untuk dikaitkan dengan pelbagai gosip dan dakwaan tidak berasas.

“Sudahlah…letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Minta saya, doakan saja segala yang terbaik dan andai bertemu jodoh satu hari nanti, moga jodoh yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna akaun Twitter mendakwa pelakon dan penyanyi itu sudah bernikah dan menjadi isteri kedua kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu turut menafikan gosip liar berkenaan.

Erra Fazira pernah gagal dalam dua perkahwinan sebelum ini iaitu bersama pelakon, pengarah dan penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 yang hanya bertahan selama tiga tahun dan tidak dikurniakan zuriat.

Pernikahan kali keduanya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 pula bertahan sehingga 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya Engku Emran, 12.

Manakala Faizal juga sudah berkahwin dengan Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan mempunyai dua orang anak. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram/@errafazira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here