Pelakon filem Mukhsin nafi ditahan kerana dadah

0
2
{"subsource":"done_button","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633938618230","source":"other","origin":"gallery","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","source_sid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633938618257","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

PELAKON popular, Syafie Naswip menafikan dirinya adalah individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar semalam.

Syafie, 29, berkata susulan tersebarnya berita mengenai seorang pelakon ditahan bersama pengarah dan penolong pengarah masing-masing berusia 49 dan 46 tahun itu semalam, dia banyak menerima pertanyaan mengenainya.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana dia ada menjalani penggambaran di Kuala Kangsar baru-baru ini.

“Salam semua..Ramai yang DM tanya adakah individu itu adalah saya. ‘Since’ saya ‘shooting’ di Kuala Kangsar baru-baru ini.

“Jawapannya tidak,” jelasnya dalam satu hantaran di laman Instagramnya, hari ini.

Pelakon filem Mukhsin itu berkata, terdapat beberapa produksi drama lain yang turut menjalankan penggambaran di Kuala Kangsar.

“Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pengarah dan penolong pengarah filem serta seorang pelakon ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar semalam dan mereka kini direman dua hari bermula hari ini.

Pelakon lelaki berusia 28 tahun itu serta pengarah dan penolong pengarah masing-masing berusia 49 dan 46 tahun, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dalam serbuan 7.15 pagi di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar.

Menurutnya, pemeriksaan menemui bahan disyaki ganja dianggar 1.45 gram selain syabu seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan dadah RM270. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram/@syafienaswip

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here