Pengarah, pelakon terlibat dadah direman 2 hari

0
2
Polis Di Raja Malaysia

PENGARAH dan penolong pengarah filem serta pelakon yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar semalam, direman dua hari bermula hari ini.

Pelakon lelaki berusia 28 tahun itu serta pengarah dan penolong pengarah masing-masing berusia 49 dan 46 tahun, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata ketiga-tiga suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dalam satu serbuan 7.15 pagi semalam.

Katanya, Ketika ditahan kesemua suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar.

“Pemeriksaan menemui bahan disyaki ganja dianggar 1.45 gram selain syabu seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan dadah RM270.

“Turut dirampas botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan menghisap dadah. Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara dan denda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata kesemua suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (TCH), methamphetamine dan amphetamine.

“Seorang daripada suspek mempunyai dua rekod bersabit jenayah dan dadah,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan tiga individu terdiri pengarah, penolong pengarah serta pelakon lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah susulan serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here