PLUS jangka trafik meningkat 1.3 juta kenderaan sehari selepas rentas negeri dibenarkan

0
2
lebuhraya

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dijangka meningkat di antara 1.1 juta hingga 1.3 juta kenderaan setiap hari selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata ramai pengguna terutama di Lembah Klang akan mengambil peluang bercuti bersama keluarga selepas menantinya sekian lama.

“Kami sudah melakukan persiapan di 94 plaza tol lebuh raya PLUS sebagai mengalu-alukan pembukaan semula perjalanan rentas negeri.

“Semua laluan lebuh raya utara selatan ini bersedia menerima kenderaan sebaik sekatan pergerakan negeri ditarik balik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata, antaranya mendaftar masuk MySejahtera, memakai pelitup muka dengan sempurna, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman pada tangan.

Katanya, pemandu wajar berhenti selepas memandu kira-kira dua jam bagi menghilangkan keletihan.

“Dalam memastikan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya, kakitangan PLUSRonda, kru keselamatan dan penyelenggaraan serta kakitangan perkhidmatan pelanggan di sepanjang 1,130 kilometer lebuh raya sudah bersiap sedia.

“PLUS akan bekerjasama dengan polis trafik dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meningkatkan penguatkuasaan lebuh raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here