PKR tegas tolak PRN Melaka

0
2
Parti Keadilan Rakyat

PKR tegas tidak bersetuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata dalam keadaan negara masih belum keluar daripada belenggu pandemik Covid-19, PRN amat tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat.

“Dalam keadaan ini kita mencari jalan penyelesaian yang berlaku di Melaka, kita tak mahu adakan PRN dan tidak bersetuju dengan darurat, perlu ada satu penyelesaian.

“Itu juga tidak menghalang kita untuk memfailkan semakan atau gunakan mahkamah untuk menyemak keputusan (pembubaran) yang begitu tergesa-gesa,” katanya kepada di ibu pejabat PKR malam tadi.

Shamsul Iskandar berkata pertukaran Perdana Menteri baru-baru ini juga tidak melibatkan pilihan raya, begitu juga situasi sama di Melaka.

Pada masa sama, beliau berkata tiada sebarang klausa atau peruntukan yang tidak membenarkan Yang Dipertua Negeri untuk menarik balik pembubaran DUN, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka.

“Kemungkinan ada elemen yang memungkinkan ada ruang untuk pihak Tuan Yang Terutama menilai semula dan mengkaji semula keputusan itu kerana ini perkara yang tak pernah berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here