4,815 ketua isi rumah berstatus miskin tegar di Wilayah Persekutuan

0
2
Flat

JUMLAH golongan miskin tegar dan berstatus miskin di Wilayah Persekutuan meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun lalu.

Berdasarkan data terkini Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), jumlah Ketua Isi Rumah Berstatus Miskin Tegar setakat 14 September lalu ialah 4,815 dan Ketua Isi Rumah Berstatus Miskin pula 5,617.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia meningkat berbanding statistik Oktober 2020 iaitu 1,109 Ketua Isi Rumah Berstatus Miskin Tegar dan 2,202 Ketua Isi Rumah Berstatus Miskin.

Katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan sosioekonomi golongan miskin bandar termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam.

“Selain itu, kementerian ini melaksanakan inisiatif jaringan keselamatan sosial yang memberi manfaat kepada golongan rentan.

“Inisiatif Wilayah Cakna 1.0 pada 25 Mac 2020 sehingga Inisiatif Wilayah Cakna 6.0 pada 27 Jun 2021 telah melibatkan nilai kira-kira RM234.6 juta,” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan berkata, antara inisiatif disediakan kementeriannya adalah pengecualian sewa kepada 40,000 penyewa PPR dan Perumahan Awam; penangguhan bayaran balik pembiayaan kepada 6,000 pemilik PPR dan Perumahan Awam; dan bantuan makanan kepada 65,000 keluarga di Kuala Lumpur.

“Di kesempatan ini, saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Sumber Manusia dalam dewan ini pada 5 Oktober 2021 bahawa Kementerian beliau bersedia bekerjasama dengan kami dalam meningkatkan kemudahan di PPR dan Perumahan Awam di Wilayah Persekutuan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here