Ayob Khan tak kisah terima ribuan mesej WhatApps, surat layang

0
2

MENERIMA ribuan maklumat menerusi mesej WhatApps dan surat layang saban hari tidak pernah menjejaskan rutin kehidupan seharian Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Malah, beliau menyifatkan perkongsian nombor telefonnya di platform media sosial telah banyak membantu Polis Johor menangani kegiatan jenayah di negeri itu.

Ayob menjelaskan, maklumat disalurkan orang awam itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan diambil menerusi arahan kepada ketua-ketua polis daerah termasuk mengadakan serbuan dan tangkapan.

“Apa salahnya saya kongsi nombor telefon di media sosial. Itu bukan masalah besar kerana dari situlah saya dapat banyak maklumat seperti dua hari lalu terdapat seorang indvidu mesej saya beritahu ada sebuah kelab malam di kawasan Johor Bahru Selatan yang terlalu bising.

”Jadi saya arahkan ketua polis daerah untuk melihatnya, rupanya betul dakwaan itu, kelab malam itu beroperasi, ada 26 pengunjung sedang berhibur dan polis kenakan kompaun RM150,000 kerana langgar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog Program Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Penjawat Awam di Lembaga Pertuduhan Peladang (LPP) Negeri Johor hari ini, lapor Malaysia Gazette.

Mengulas lanjut Ayob Khan berkata, beliau juga menerima surat layang yang berkait dengan dakwaan salah laku ketua polis daerah.

”Kebiasaannya, maklumat dari surat layang saya akan siasat dahulu, sama ada betul atau tidak perkara yang didakwa itu. Saya akan ambil tindakan jika maklumat disalurkan benar.

“Bagi saya, saya perhatikan ia sebagai salah satu cara orang awam menyalurkan maklumat kepada polis selain menggunakan platform media sosial,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here