Gangguan bekalan air di Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah pada 12 Oktober

0
2

TIGA daerah di Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam bermula jam 8 pagi pada 12 Oktober ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air tersebut berikutan kerja penyelenggaraan dan pencucian Loji Rawatan Air (LRA) serta pengalihan paip.

Justeru, katanya, kawasan yang terlibat di Seremban adalah seluruh kawasan Mantin, Lenggeng, Broga, Pajam, Nilai Perdana, Mayang Sari, perumahan Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kampung Jijan, Kampung Kubang, Kampung Tanjung, Flat Pajam, Citra Hill Fasa Satu dan Dua, Industri Pajam dan Nada Alam.

“Selain itu, seluruh kawasan Batang Benar, Rumah Rakyat Batang Benar, Apartment Bukit Inai, Taman Dahlia, Taman Melur, Sungai Mahang, seluruh kawasan Taman Semarak Satu dan Dua, Industri Semarak 2, Perindustrian Nilai, Arab Malaysian Nilai 3, Nilai Impian, Taman Desa Jati, Nilai Spring, Pekan Nilai, Taman Ban Aik dan Taman Rose Merah.

“Turut melibatkan Rumah Rakyat Nilai, Industri Arab Malaysian, Taman Desa Ria, Taman Desa Saga, Taman Teratai Nilai 7, Industri Nilai 7, Nilai Impian, seluruh kawasan Bandar Baru Nilai, Taman Desa Indah, Impian Resident, Desa Jasmin, seluruh kawasan Desa Cempaka 1, 2 dan 3, Desa Kasurina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Desa Kasia, Desa College, Nilai Medical Centre, Desa Anggerik, Kota Sri Emas dan Kampung Felda LBJ.

“Termasuk, kawasan Industri Eco Park Enstek, seluruh kawasan Bandar Pendidikan Enstek, Gadong Jaya, Jalan Labu dari Batu 10 hingga Batu 14, Kampung Kondok, Kampung Labu Hilir, Taman Dato Shahruddin, Kampung Pulau, Kampung Lambar, Kampung Batu 10 Labu, Felda Sendayan, Jimah Baru, Jimah Lama Port Dickson, Gadong Fasa Satu hingga Empat, Taman Gadong Putra, seluruh kawasan Kampung Gadong SC, Nusari Bayu, Hijayu, Bandar Sri Sendayan, Sendayan Indah, Bukit Sendayan dan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi daerah Jelebu pula melibatkan Pasoh 1, Pasoh 2, Pasoh 3, Pasoh 4, Simpang Pertang, Pertang, Geylang, Parit Gong, Jalan Simpang Pertang dan kawasan sekitar.

“Manakala daerah Kuala Pilah, gangguan bekalan di Pekan Kuala Pilah, Dioh, Kampung Sungai Dua Kecil, Kampung Sungai Dua Besar, Jalan Seremban Lama, Kampung Parit, Kampung Parit Seberang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Kampung Telok, Kampung Pulau Pandan dan Kampung Parit Mungkal,” katanya.

Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja berkenaan selesai.

“Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains menerusi talian bebas tol 1-800-88-6982,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here