
SATU lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 8 hingga 21 Oktober ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti itu berkenaan.
Lokaliti dikenakan PKPD iaitu kawasan penempatan Orang Asli di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang.
Sementara itu, PKPD di Kampung Rompon, Tambunan di Sabah yang mula dikenakan PKPD pada 24 September akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan. – Malaysiapost
