Vaksin: ‘Tak tahu nak oyak guane, jem kepala’ – Azizulhasni

0
2

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 agar dapat menikmati kebebasan seperti dirasai Australia.

Menerusi perkongsian video di Twitternya, memaparkan suasana orang ramai yang beriadah di sebuah pantai di Melbourne, Victoria, Australia.

Katanya, mereka sedang menikmati kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) selepas mendapatkan suntikan vaksinasi.

Tambahnya, hanya vaksinasi, tiada jalan lain untuk menikmati semua itu.

“Hi semua, ini Azizulhasni Awang (The Pocket Rocketman) seperti yang anda dapat lihat di belakang terdapat ramai orang berada di pantai.

“Ini adalah keadaan biasa di Australia dan tidak kira di mana pun, apabila matahari keluar orang ramai akan membanjiri pantai.

“Kenapa? ia mudah kerana mereka mahu menikmati matahari, berehat, berjumpa kawan dan sudah tentu untuk berseronok. Bagaimana ini dapat dilakukan?

“Jawapannya mudah, hanya melalui vaksin. Vaksin merupakan solusi untuk Covid-19 pada waktu ini tidak kira anda suka atau tidak. Jadi untuk semua kawan-kawan dan peminat di Malaysia, ambillah vaksin, tidak tahu nak cakap macam mana lagi dah, ambil vaksin ya,” katanya.

Azizulhasni kini berada di Australia selepas 16 minggu berada di Jepun bagi Sukan Olimpik Tokyo serta pulang ke Malaysia, menziarahi ibu bapanya di Dungun, Terengganu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here