Tengku Permaisuri Selangor hadiah rantai berlian buat anak Fazura

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633506961734","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

ANAK pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya menerima hadiah istimewa seutas rantai berlian kurniaan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Menerusi hantaran di InstaStory, Fazura berkongsi gambar rantai berserta loket berlian yang direka khas dengan abjad F bersempena nama Fatima.

Anak pasangan selebriti itu menerima hadiah kurniaan Tengku Permaisuri Selangor bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.

Berserta dengan hadiah istimewa itu, Tengku Permaisuri Norashikin juga mengirimkan sekeping kad yang bertulis ucapan istimewa untuk Fatima.

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,” tulis Tengku Permaisuri dalam kad tersebut.

Dalam hantaran InstaStory juga pelakon ‘Gol dan Gincu’ itu memuat naik menerina sebuah beg kertas berwarna merah yang tertera nama Permaisuri Selangor.

Fazura berkata, sebagai seorang ibu dia sangat teruja dengan pemberian istimewa kurniaan Tengku Permaisuri Norashikin buat puteri kesayangannya itu.

“Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah,” kata pelakon filem Pisau Cukur itu.

Terharu dengan pemberian tersebut, dia turut menitipkan doa buat Permaisuri Selangor agar sentiasa dilimpahi rezeki dan kegembiraan.

“Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Fazura juga pernah menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here