Saya tak calonkan diri sendiri sebagai Ketua Menteri – Idris

0
2

“SAYA tak calonkan diri saya sendiri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, menjawab pertanyaan sama ada beliau mencalonkan diri sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Menurut Idris yang pernah menjadi Ketua Menteri pada 2013, perkara mengenai calon Ketua Menteri Melaka ke-13 tidak perlu dibincangkan kerana apa yang penting adalah usaha untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

“Setakat ini 15 wakil rakyat (menyokong penubuhan kerajaan baharu), semua 15 layak jadi Ketua Menteri.

“Setakat ni saya tak calonkan diri saya (sebagai Ketua Menteri), lebih baik tak bercerita pasal tu, kita tak mahu soal siapa Ketua Menteri jadi isu, kita mahu usaha membina kerajaan ini diberi tumpuan terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Idris berkata, soal calon Ketua Menteri antara 15 wakil rakyat itu akan dibincangkan selepas mereka mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam.

Semalam Idris mengumumkan beliau bersama tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kerajaan negeri.

Selain Idris, tiga Adun yang terlibat ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Noor Azman Hassan (Pantai Kundor).

Mereka bersama 11 wakil rakyat pembangkang akan membentuk kerjasama bagi menubuhkan kerajaan baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here