Sukarelawan Ahli Dewan Belia Perak agih bantuan kepada 50 keluarga

0
2

NASIB 50 keluarga sekitar bandar raya Ipoh yang terkesan akibat pandemik Covid-19 mendapat perhatian Sukarelawan Ahli Dewan Belia Perak, Khuswindera Singh Tara Singh yang mengagihkan sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang terlibat.

Menurut Khuswindera, mereka yang dibantu antaranya hilang punca pendapatan, tidak bekerja, sakit, positif Covid-19 serta kalangan peniaga yang kurang hasil jualannya.

Katanya, program khas foodBank itu dilaksanakan menerusi inisiatif sendiri sebagai Sukarelawan Ahli Dewan Belia Perak 21/22 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Menglembu, baru-baru ini.

“Semoga bantuan bekalan makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan.

“Sama-sama kita berdoa dan sama-sama kita vaksinasi diri agar dapat mencapai imuniti kelompok supaya semua masyarakat dapat hidup seperti biasa, namun jangan lupa prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dipatuhi,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu termasuk Ahli Majlis Bandaraya Ipoh merangkap Ketua Bahagian MIC Ipoh Barat, Jayagopi Subramaniam; Pengerusi MIYC Tambun, Dinesh Kalippen; Timbalannya, Nagaenthran.

“Saya juga merakamkan terima kasih kepada mereka yang menaja program saya seperti Susu Anlene, Susu Nestle Every Day, Nestum Original, Biskut Deluxe Original, Out Krunch Breakfast, Voucher Free Personal Pizza, dan tidak lupa juga kepada MSEF yang menyumbang 100 pek bungkusan makanan yang telah diagihkan bersama dengan Bekalan Makanan One-Off saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here