Kartunis Jering meninggal dunia

0
2

KARTUNIS Jering atau nama sebenarnya Nor Azman Mohamad, dilaporkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi.

Perkongsian oleh Facebook Rumah Kartun dan Komik Malaysia – MCCH menyatakan jenazah beliau akan dimandikan dan dikapankan di Hospital Kajang.

Jenazah kemudian disolatkan di rumahnya di Kampung Sungai Jai, Beranang, Selangor dan dijangka dikebumikan pagi ini.

Difahamkan beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang sejak awal bulan ini selepas mengalami koma.

Allahyarham adalah antara kartunis awal menyumbang karya dalam Majalah Ujang sekitar pertengahan 1990-an dan popular menerusi siri Maikel.

Beliau seangkatan dengan nama-nama besar kartunis di majalah lawak popular itu yang menggunakan nama samaran seperti Bijan, Sukun, Ubi, Duku, Halia dan Sireh. – Malaysia

Antara karya kartunis Jering

Foto: Rumah Kartun dan Komik Malaysia – MCCH